Pages

Adds

Sunday, February 5, 2012

Cerita Orang Kemboja & Emas .


Assalamualaikum .. marilah kita berselawat dahulu ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW bersempena dengan ulang tahun kelahiran baginda yang jatuh pada hari ini (Ahad ,2 Februari 2012) .
 Teringat pesan baginda yang menyebut "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (Emas) & Dirham (Perak)"..Musnab Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Hari ini emas turun sikit kepada USD 1725 /oz .. ada yang terbuka mata hatinya terus beli emas untuk disimpan sebagai pelaburan ... walaupun ramai lagi masih tergaru2 kepala tak tau apa nak buat meskipun Berita Buletin Utama TV3 yang ke udara 3hb February lepas mengabarkan yang Emas dijangka naik ke paras lebih USD 1,930 dalam tahun ini. Haish ... ruginya ... sayangnya...  bila kesempatan terus diabaikan walaupun diri semakin diulit kesempitan ... Tak nak buat duit ke ?? Atau masih berkira2 tentang mana nak cekau duit .. hehe .. kalau nak seribu daya .. dan kalau taknak .. jadilah Mat Jenin yang dok berangan sampai atas pokok kelapa .. sehinggalah jatuh tergolek baru nak tersedar dari mimpinya yang panjang. Jangan jadi camtu .. banyak cara boleh dibuat .. kalau tak tau .. bertanyalah pada yang tau .. barulah boleh dapat apa yg kita nak. Betul tak? www.facebook.com/joejoxy1 Add saya .. nanti saya explain ..ok..


Pernah tak anda jumpa penjaja kain zaman2  80an @ 90an dulu .. orang kemboja yang menjunjung kain jualannya atas kepala dan berjalan dari rumah ke rumah. Kalau di Johor ni diorang memang popular .. kalau tanya mak2 kita mesti diorang kenal & ingat . Tapi sekarang diorang dah tak menjaja jualan kain & pakaiannya dari rumah ke rumah cam dulu.. Diorang dah ada kedai besar di Mini Kelantan Kota Tinggi, Johor. Kalau tak percaya ..  pergilah sana .. majoriti Towkeynya adalah  bangsa mereka . Kalau nak tahu cerita sejarah orang Kemboja ni .. mereka ni sebenarnya adalah pelarian dari peperangan Kemboja dulu (Zaman Khmer Rouge). Bila meletusnya peperangan .. mereka mmg takde choice selain terpaksa melarikan diri dari tanahair mereka sendiri untuk mencari perlindungan. Sebahagian besar dari mereka mendarat di selatan Malaysia seperti di daerah Mersing & Kota Tinggi . Tapi kerajaan Malaysia memberi ihsan kepada sebahagian mereka untuk hidup bersama rakyat Malaysia yang lain tanpa perlu dikurung dalam kem2 pelarian. Mereka yang bermula dari zero memulakan penghidupan baru di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan .. tapi macamana diorang boleh jadi Towkey kat Mini Kelantan tu kan ??






Bangsa Kemboja ni memang rajin .. dengan kudrat yang ada mereka menjaja pakaian2 dari rumah ke rumah di sekitar Johor. Memang adat dunia .. siapa yang berusaha merekalah yang berjaya .. begitu juga org Kemboja ni. Tapi dalam apa jugak bisnes .. mesti perlukan modal kan? Mana diorang dapat modal masa tu ... rasanya Tailong pun belum wujud lagi.. Rupa2 nya semasa melarikan diri dari Kemboja .. mereka sempat membawa beberapa kepingan emas bersama . Kenapa bukan duit ? Sedangkan masa itu banyak matawang Dolar Amerika di sana. Tapi atas kebijakkan mereka yang menyedari bahawa wang tidak bernilai semasa peperangan tetapi emas pula dalam bentuk apa sekalipun dapat diterima. Maka mereka membuat pilihan yang sangat bijak .. Kini .. dari sehelai sepinggang .. rata2 kehidupan mereka telah berubah .. dan lebih memeranjatkan mereka secara amnya lebih kaya dari bangsa kita sendiri.  Mereka sudah pun menguasai deretan kedai tekstil  di tengah bandaraya Kota Tinggi.. dan ramai antara mereka mempunyai aset yang mewah seperti rumah2 banglo di Ulu Tiram , tidak jauh dari bandaraya KotaTinggi. Pengajaran dari Bangsa Kemboja ini cukup bermakna kerana "Emas" dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka  dan generasi seterusnya ..






Apa yang anda rasa bila dengar cerita tentang Bangsa Kemboja ni .. Ada feeling tak ? Feeling macam jeles ke ngan diorang kerana lebih kaya dari kita .. Atau takde rasa apa2 .. ( kalau camni memang tak boleh lah den nak menolongnye.. hehe).. Contoh terbaik dah ada.. apa lagi nak tunggu .. buatlah keputusan terbaik hari ni .. untuk kelangsungan hari esok dan untuk generasi seterusnya .. tepuk dada tanyalah hati .. apa akan jadi pada generasi aku seterusnya nanti .. kalau bukan aku yang mengubahnya .. Siapa lagi ? Jangan dibiarkan generasi anda seterusnya dimamah kemiskinan disebabkan oleh kepingan wang kertas yang semakin hilang nilainya ..


Cuba ingat kembali rentetan peristiwa konspirasi penyangak matawang pada sekitar 90 an dulu .. mujurlah Perdana Menteri kita pada masa itu bijak menyimpan rizab emas yang banyak di mana sebahagian daripadanya dicairkan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dari terus runtuh. Emas .. dalam apa jua bentuk & cara sekalipun tidak hilang nilainya .. menjadi penyelamat bak hero di zaman kesusahan .


Dengarlah rintihan bapa kemodenan kita ni .. haish sedihnya.... 






Wassallam .. 


Add me @ www.facebook.com/joejoxy1
To see our website : http://www.publicgold.com.my/v1/



No comments:

Post a Comment