Pages

Adds

Saturday, February 25, 2012

PUBLIC GOLD MALAYSIA - Mudah, Murah & Selamat.



Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya ingin memperkenalkan anda sebuah syarikat tempatan (Malaysia) yang membekalkan emas pelaburan seperti 'Gold Bar' , 'Dinar Emas' , 'Silver Bar', 'Dirham Perak' serta 'Barang Kemas'.. itu Public Gold Malaysia.


Jom relaks dulu tengok produk Public Gold ;-)




Hmmm silau tak mata tengok jongkong emas & dinar-dinar yang berkilauan tu .. hehehe .. (takkan tengok je kut .. bila nak buat collection?)


Public Gold merupakan sebuah company yang membekalkan emas pelaburan dengan cara yang lebih mudah, murah & selamat. Mempunyai rangkaian2 di beberapa buah negeri serata Malaysia bagi membolehkan 'Emas Fizikal' ini sampai ke tangan pembeli dengan lebih selamat & terjamin. Murah.. kerana ia direct dari kilang mereka sendiri di Pulau Pinang dan mengikut harga pasaran dunia yang berubah setiap minit . Mudah .. kerana ia boleh dibeli dengan pelbagai cara yang mudah spt ..online, sms or direct to Cawangan Negerinya. Public Gold juga membeli balik setiap produknya dari pembeli dengan harga yang lebih mahal dari kedai-kedai emas di luar sana. Haahh itu sedikit info tentang company yang saya bernaung di bawahnya 'Public Gold Malaysia'.






Kenapa saya pilih Public Gold .. bukan yang lain2. Hmmm .. masa saya tengah tension nak pindahkan aset saya dari 'unit trust' kepada sesuatu yang lebih saya 'trust' .. saya terjumpa dengan artikel 'Pelaburan Emas dengan Public Gold'. Banyak jugakla artikel yang saya baca & teliti untuk mendapat sumber sepenuhnya tentang kebaikkan pelaburan ini. Meng 'add' .. dengan beberapa senior Public Gold di FB untuk bertanya .. itu & ini .. sebelum keputusan muktamad saya ambil .. maklumlah saya pun taknak kerugian dalam apa2 pun yang saya investkan .. Personally inilah antara sebab kenapa saya pilih Public Gold ..






1) Bila kita nak melabur .. of course kita nak tengok company tu kukuh ke tak kan? Pasal jumlah wang yang kita keluarkan pun bukan sikit . Saya pilih Public Gold kerana ia merupakan sebuah syarikat yang mantap .. walaupun baru ditubuhkan. Public Gold mendapat pengiktirafan assayer  dari Malaysia Guinness Book of Record sebagai pengeluar jongkong emas tempatan yang pertama. Dia ada kilang sendiri kat Pulau Pinang & mean kita akan dapat harga baik masa beli .. pasal beli direct dari kilang Public gold sendiri. Dan bila kita nak jual balik pun senang ..pasal dia ambil emas ni dengan harga yang lebih mahal dari di luar sana tu . Pastu tak cerewet .. calar ke @ bengkok ke gold tu atau dah koyak plastiknya tetap diterima.. tak macam sesetengah brand yang cerewet ..tak boleh terguris sikit pun .. terus jatuh harga..ish..ish..


2) Sebagai dealer pun saya rasa puas hati pasal Public Gold tak lokek untuk mengeluarkan promosi2 di dalam media2 cetak & electronic utk mempromosikan produk. Produk yang dah ada nama senang untuk memikat hati pelabur .. macam saya laa.. Dan saya memang berharap satu hari nanti Public Gold boleh ke global dengan permulaannya di Kota Singa. Promosi sikit mesti market boom .. pasal setahu saya orang kota Singa ni dahagakan pelaburan2 yang menguntungkan seperti ini . InsyaAllah!


3)Tapi apa yang paling important kat sini ialah .. pelaburan dengan Public Gold ni telus. Maknanya .. bila saya melabur (membeli) di Public gold .. saya dapat emas .. bukan buku bank atau sijil2 pelaburan. Kerana apa saya cakap ni penting. Pasal aset ada pada saya .. saya mempunyai kuasa untuk mengolahkannya. Kalau saya beli share emas.. dapat cuma kertas (sijil @ buku pelaburan) banyak cerita tersembunyi dan saya tak ada kuasa untuk emas itu. Pernah tengok iklan kat PB tentang skin pelaburan emas dalam buku pelaburannya .. dia tulis kecik & bawah sekali .."RISIKO PELABURAN INI ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN PELABUR. BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNG-JAWAB". ish..ish .. nak ke anda melabur kat situ .. kalau anda tau risikonya yang anda sendiri takde kuasa mengawalnya .. tepuk dada tanya hati ..


Dr Mahathir dengan koleksi emas dari Public Gold di tangannya .


4) Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan yakin menyokong skim pelaburan emas fizikal ni dalam FBnya . Banyak faktor yg dia bentangkan .. terutama tentang samseng penyangak matawang yang bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Beliau implement untuk Dinar Emas digunakan sebagai matawang antrabangsa menggantikan USD .. tetapi yelah kan .. bukan mudah pekara tu nak dilakukan memandangkan ekonomi dunia dikuasai oleh siapa...


5) Dari segi keselamatan pulak memang terjamin sebab barang di ambil sendiri oleh di pembeli kat Cawangannya yang ada di serata negeri .. tidak menggunakan courier seperti mana2 company lain. Cuba anda bayangkan .. jika anda mengorder 50g emas yang bernilai sekitar RM 9,500.00 dan barangan itu dihantar menggunakan courier .. tanpa sebarang jaminan .. arghhhh .. tak sanggup saya . Terutamanya bila terbayangkan sampulnya yang sampai tapi barang takde kat dalam.. ish..ish .. boleh pitam jadinya .. hahaha.. 
Itulah falsafah Public Gold .. Mudah .. Murah .. dan Selamat .


6) Disebabkan harga emas ni aktif setiap minit .. kadang-kadang ia naik dan turun tak kira masa. Apa keistimewaan Public Gold dalam hal ni. Oklah .. misalan kata di hari minggu .. harga emas jatuh mendadak sampai saya menggigil-gigil nak order .. nak tunggu esok maklumlahkan takut harga naik memuncak pulak. Nak pegi beli haritu semua cawangan tutup pasal hari minggu. So Camana? Haaa... salah satu kebaikkan di Public gold ni ialah kita boleh lock harga yang kita suka walaupun urusan bayarannya later. So setelah lock pada harga yang saya suka secara online .. esok (isnin) bolehlah bank in kan terus kat Public gold tu. Dan collect barang yang saya idam2kan pricenya tadi .. Canteek tak?


So .. ini adalah antara sebab kenapa Public Gold pilihan saya .. (sebenarnya banyak lagi ). Anda macamana ? Masih tercari2 peluang pelaburan yang terbaik ke? Hmmm tak payahlah dok pikir panjang .. tahun ni .. dijangkakan ekonomi dunia masih belum stabil malah terus merundum .. inflasi memuncak.. matawang jatuh.. walaupun itu semua cuma ramalan .. tapi kita harus mengambil kira ramalan tersebut untuk penilaian pelaburan jenis apakah yang sepatutnya kita pilih. Wang Fiat?  No .. No ... lupakan kertas  yang goyah nilainya itu .. carilah sumber yang lebih kukuh .. sekukuh logam berharga EMAS. Insyaallah anda akan terselamat dari tempias Tsunami Ekonomi Dunia . 






Kalau berminat nak join atau nak tahu lebih info tentang pelaburan Emas Fizikal di Public Gold ni .. add saya di fb ..(klik aje- tak kena bayar pun..hehe) atau call terus kat 07-27111164 / 012-7990873 (Malaysia) atau 83829500 (Singapore) .. Orang Kota Singa .. nantikan Public Gold mengaum di negeri anda nanti  hehehehe... :)







Monday, February 20, 2012

Apa bezanya Pelaburan Emas & Pelaburan2 yang lain?

Assalamualaikum ..


Alhamdulillah .. semakin banyak pertanyaan tentang 'Pelaburan Emas' ini diutarakan kepada saya . Maknanya semakin ramai yang ingin mengubah arah mengenai pengembangan aset mereka . Tahniah kepada 'Anda' yang sudah mula ingin berhijrah .. untuk lebih sedar akan kebaikkan 'Pelaburan Emas' ini.. berbanding pelaburan2 yang lain.






Apa bezanya antara kita melabur dengan 'Pelaburan Emas' dengan pelaburan2 yang lain seperti Unit Trust, Bon2 malah saham2 Amanah seperti ASB sendiri? Okey .. di sini saya akan terangkan mengikut apa yang saya alami sendiri ( my own experience) - Sebelum ini .. saya tidak mengenali pelaburan emas ini .. dengan aset yang saya ada saya melabur dengan Unit Trust di Public Mutual. Saham yang pilih ialah Public Islamic Opportunity Fund untuk tahun 2010 dan beralih pada Public Islamic Selective Enterprise Fund pada 2011. Pada tahun 2010 .. ekonomi mula pulih dari kejatuhan 2008 .. Alhamdulillah saya dapat untung 19 % pada January 2011 .. tetapi saham itu dijangka tidak akan menunjukkan prestasinya lagi .. maka saya di cadangkan oleh Agent Unit Trust saya untuk 'switch' kepada Fund yang lain pulak. Saya ikut aje .. mean ..asalkan 'untung' kata saya..:) (maklumlah dah dapat % yg baik la katakan..hehehe)


Dulu .. sebelum bersetuju untuk memilih unit trust ni untuk investment saya pernah menyoal agent saya .. tentang bagaimana wang saya jika berlaku kejatuhan harga yang teruk (memandangkan unit trust ni merupakan pelaburan 'high risk' berbanding ASB)  Dia kata " Takpe encik .. jika berlaku keadaan seperti itu .. kita akan 'LOCK' unit encik serta merta .. jadi encik takkan rugi"..  hehe itu janjinya ..
So beralih pulak pada tahun 2011 ... aish .. disaster tahun ni .. pada bulan August 2011 .. saham saya mula turun macam 'gelongsor' .. mula2 saya ingat turun sikit aje .. so tunggu punya tunggu .. akhirnya bila saya kira2 masa tu saya dah rugi RM 14 ribu .. alamak .. Panik gak! So saya call agent saya .. macamana nak LOCK? Dengan selamba dia kata " Oh .. takpe Encik .. memang saya takkan LOCK .. kita biarkan aje tunggu dia naik semula ... " Mana 'janji manis' dia dulu .. sampai dah berbelas ribu duit hilang .. sardin aje dia kata " takpe kita tunggu & sabar" ... haha ...




Itulah satu contoh bila kita melabur wang fiat dengan saham2 selain 'Emas' .. kuasa tu takde kat tangan kita .. walaupun tu duit kita .. Kita tak boleh nak buat apa2 tindakkan kerana wang kita tu dikuasai oleh Syarikat Pelaburan tu ..  Apa dia kisah .. turun ke naik?  Tapi macamana dengan 'Emas' ni ... Bila kita invest dengan Emas Fizikal ni .. kita melabur (beli) kita akan dapat Emas Fizikal tu .. Simpanlah .. macam jugak kita simpan duit dalam bank .. cuma bezanya kita simpan sendiri emas tu .. kalau rasa tak selamat kat rumah .. boleh simpan dalam 'safety box' kat mana2 bank (itu lebih baik) .. secure sikit kan? Sama jugak macam saham2 ni .. kengkadang harganya akan turun .. tapi apa inisiatif yang boleh kita buat masa ni? Kalau melabur dengan saham2 lain .. tak boleh buat apa pun .. tunggu aje la . Tapi kalau dengan Emas ni .. ada sesuatu yang boleh anda lakukan bila kejatuhan harga berlaku.. Mean dalam kejatuhan tu .. kita boleh buat duit ..Macamana? Caranya ialah dengan "Emas Fizikal" yang anda ada tadi .. anda pajakkan .. (hehe malu ke nak pergi pajak gadai) .. sekarang "kedai pajak" bukanlah hanya untuk orang yang 'sesak' tapi untuk orang yang 'bijak' .. bijak mengambil kesempatan dari kesempitan ..  Apabila 'Emas Fizikal' tadi anda pajakan .. gunakan  wang hasil pajakan tadi untuk membeli emas lagi .. kerana masa ni emas akan berada pada harga yang rendah (kejatuhan harga). Bila harga mula melonjak .. jangan berlengah lagi .. terus jual emas yang anda beli tadi untuk mengaut keuntungan dan tebus semula 'emas fizikal' yang anda pajakan tadi .






Cuba bayangkan keuntungan dari jualan 'emas' tadi .. + kenaikkan harga 'emas fizikal' yang kita pajakan .. maknanya .. kita mendapat dua keuntungan dari kedua transaction tadi .. walaupun di dalam waktu kejatuhan.. Mana nak dapat dengan pelaburan2 yang lain . Itulah maknanya ..bila kita melabur 'emas fizikal' bermakna 'kuasa emas' itu berada di tangan kita sendiri. Kita yang mengolahkannya dan mendapat keuntungan yang telus tanpa mana2 orang tengah yang sentiasa boleh memanupulasikan wang kita itu .
Kalau nak dibandingkan 'pelaburan emas' ASB pulak .. setahun berapa % ASB yang kita dapat ? Average dalm 8% .. tapi kenaikkan harga emas setahun averagenya 25-30% setahun. Mana yang lebih banyak ? Anda kiralah sendiri ..  The decision is yours .. macamana anda nak buat dengan aset anda sekarang .. Cakap terus terang .. 'pelaburan emas' ni memang mengghairahkan semangat sesiapa pun yang menceburinya .. tak percaya?  Cubalah.... (contact saya kalau berminat ya..:)


Moga sesuatu dapat kita kongsikan dari blog ini .. apa yang penting " Marilah sama2 kita mencari manfaat dari apa yang ada di bumi Allah  ini .. rasai & gunakan sepenuhnya.. demi masa depan yang lebih 'fantastic' hehehe.. 'sharing is caring' - kalau dah ada 'emas fizikal' yang cukup haulnya .. (85g) .. jangan lupa berzakat .. insyaAllah Berkat ....






ps : Cuma sekarang tak semua Ar-Rahnu   terima emas dari jenis 'gold bar' atau jongkong emas .. boleh beralih pada emas perhiasan seperti barang kemas 999 @ 916 sebagai inisiatif anda.. Apapun 'gold bar' merupakan aset yang paling berharga dalam pelaburan emas.


Add atau PM saya jika dah fren di : www.facebook.com/joejoxy.1www.facebook.com/joe.joxy1
or add dengan girlfriend saya ni di : www.facebook.com/hariati.d
Atau sms aje kat : 012-7990873 / 07-27111164 (Malaysia) / 83829500 (Singapore)
Website : www.publicgold.com.my



Tuesday, February 14, 2012

Berniaga EMAS bukan macam MLM.

Assalamualaikum ... 




MLM @ multi level marketing .. ada yang panggil Meniaga Larut Malam .. ada jugak yg kata Meniaga Lalu Menipu .. - saya pernah ceburi bidang ni .. tapi jiwa saya ni memang tak sesuai langsung dengan sistemnya . Mula2 ada yg beri amaran .. jangan join nanti mengkayakan orang kat atas . Tapi saya memang degil pasal nak cuba sangat  MLM ni .. lagipun member baik yang meng'ayat' mestilah kita dok excited kan . Cerita dia tentang kejayaannya , kekayaannya .. waallahualam .. pada zahirnya tengok memang nampak cam senang tapi nak kata sesenang statement pendapatannya yang berpuluh ribu sebulan cam tak munasabah pulak bila tengok life dia yang cam biasa je .. 






Mula2 nak masuk memang macam2 yang dijanjikan .. kemanisan janji pendapatan tinggilah .. kehebatan berpakaian ala2 orang atasanlah..  mcm dalam kayangan gitu .. orang biasa2 yang tak pass periksa masa sekolah dulu pun boleh jadi millionarelah ..haha.. tapi bila kita dah enter life sebenar diorang ni .. aish hipokrit je yang lebih . Sebenarnya saya rasa .. diorang ni tak lebih dari salesman .. tapi diorang cukup tak terima bila dipanggil camtu . Dan bila kita dah masuk dalam dunia ni .. No 1 ... semua orang akan lari dari kita .. percaya tak? Sedara ke .. kawan ke .. pernah terjadi kepada saya sendiri .. bila seorang saudara saya buat pura2 tak nampak bila bertembung dengan aksen pilih2 barang kat satu kedai .. Tu belum call lagi cakap nak datang rumah .. siang2 dia dah bilang dia sibuk .. takde rumah sepanjang minggu .. hahaha .. mula2 saya tak perasan tapi bila dah kerap diberi alasan camtu .. now i get it .. So pastu camne ? MLM ni ada target sales .. mesti nak cari orang jugak .. jadi terpaksalah tebalkan muka macam tembok China .. jadi .. frankly speak .. saya rasa saya memang tak sanggup jadi salesman muka 10 sen. Saya give up dengan stock barang bernilai ribuan ringgit yang tak terjual .. aish .. memang satu kesilapan besar .. Kesal sungguh saya dengan MLM ni .. kalau tau .. sumpah .. lebih baik saya beli Dinar sebanyak 12 keping dengan modal yg saya gunakan untuk menyertai MLM ni dulu.. hahaha kalau jual balik sekarang mesti dah dapat untung banyak..






Lepas tu saya beralih pulak dengan emas .. mula2 nak invest je .. pasal investment saya kat Public Mutual jatuh teruk tahun lepas. Bila dah mula baca tentang kebaikkan emas ni .. saya memang confident terus alihkan semua aset saya ke Gold Investment dengan Public Gold . Bila dah enter dunia emas ni .. saya bertambah excited bila macam2 cara saya boleh olahkan aset saya ni .. Alhamdulillah .. pengajaran dari kesilapan di MLM saya mendapat satu cara baru .. perniagaan yang tak mencemarkan maruah saya untuk menjadi salesman muka 10 sen. Kerana sebagaimana berharganya emas ini .. begitu juga dengan towkeynya .. hehehe .. tak perlulah nak ber 'neck tie' .. ber 'coat' .. yang hebat 2 .. kerana kehebatan kami hanya kami saja yang tahu ... bukan untuk menunjuk2 .. tapi itulah facts nya . Satu yang saya suka sangat .. walaupun saya takde buyer .. tapi saya sentiasa akan dapat menjualnya semula bila harga sudah naik .. kalau ada buyer ..mean bonuslah utk saya .. Still sama kan .. it's just the matter of time .. pasal emas ini memang berkait rapat dengan masa .. MASA ITU EMAS!






So .. pada pendukung MLM .. ini cuma pengalaman saya .. mungkin anda berbeza .. tapi apapun .. dalam apa jua perniagaan .. anda haruslah jujur .. jgn cerita yang indah2 saja semata2 hendak memenuhi pairing-pairing anda yang kosong. Jujurlah dengan prospek anda dengan apa juga risiko perniagaan ini .. kerana mungkin  nilai $ yang mereka berikan pada anda adalah setitis darah yg mereka usahakan untuk masadepan mereka . Tapi mungkin pada anda hanya setitis hujan yang akan kering bila matahari terbit.. Insaflah ....





Sunday, February 5, 2012

Cerita Orang Kemboja & Emas .


Assalamualaikum .. marilah kita berselawat dahulu ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW bersempena dengan ulang tahun kelahiran baginda yang jatuh pada hari ini (Ahad ,2 Februari 2012) .
 Teringat pesan baginda yang menyebut "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (Emas) & Dirham (Perak)"..Musnab Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Hari ini emas turun sikit kepada USD 1725 /oz .. ada yang terbuka mata hatinya terus beli emas untuk disimpan sebagai pelaburan ... walaupun ramai lagi masih tergaru2 kepala tak tau apa nak buat meskipun Berita Buletin Utama TV3 yang ke udara 3hb February lepas mengabarkan yang Emas dijangka naik ke paras lebih USD 1,930 dalam tahun ini. Haish ... ruginya ... sayangnya...  bila kesempatan terus diabaikan walaupun diri semakin diulit kesempitan ... Tak nak buat duit ke ?? Atau masih berkira2 tentang mana nak cekau duit .. hehe .. kalau nak seribu daya .. dan kalau taknak .. jadilah Mat Jenin yang dok berangan sampai atas pokok kelapa .. sehinggalah jatuh tergolek baru nak tersedar dari mimpinya yang panjang. Jangan jadi camtu .. banyak cara boleh dibuat .. kalau tak tau .. bertanyalah pada yang tau .. barulah boleh dapat apa yg kita nak. Betul tak? www.facebook.com/joejoxy1 Add saya .. nanti saya explain ..ok..


Pernah tak anda jumpa penjaja kain zaman2  80an @ 90an dulu .. orang kemboja yang menjunjung kain jualannya atas kepala dan berjalan dari rumah ke rumah. Kalau di Johor ni diorang memang popular .. kalau tanya mak2 kita mesti diorang kenal & ingat . Tapi sekarang diorang dah tak menjaja jualan kain & pakaiannya dari rumah ke rumah cam dulu.. Diorang dah ada kedai besar di Mini Kelantan Kota Tinggi, Johor. Kalau tak percaya ..  pergilah sana .. majoriti Towkeynya adalah  bangsa mereka . Kalau nak tahu cerita sejarah orang Kemboja ni .. mereka ni sebenarnya adalah pelarian dari peperangan Kemboja dulu (Zaman Khmer Rouge). Bila meletusnya peperangan .. mereka mmg takde choice selain terpaksa melarikan diri dari tanahair mereka sendiri untuk mencari perlindungan. Sebahagian besar dari mereka mendarat di selatan Malaysia seperti di daerah Mersing & Kota Tinggi . Tapi kerajaan Malaysia memberi ihsan kepada sebahagian mereka untuk hidup bersama rakyat Malaysia yang lain tanpa perlu dikurung dalam kem2 pelarian. Mereka yang bermula dari zero memulakan penghidupan baru di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan .. tapi macamana diorang boleh jadi Towkey kat Mini Kelantan tu kan ??






Bangsa Kemboja ni memang rajin .. dengan kudrat yang ada mereka menjaja pakaian2 dari rumah ke rumah di sekitar Johor. Memang adat dunia .. siapa yang berusaha merekalah yang berjaya .. begitu juga org Kemboja ni. Tapi dalam apa jugak bisnes .. mesti perlukan modal kan? Mana diorang dapat modal masa tu ... rasanya Tailong pun belum wujud lagi.. Rupa2 nya semasa melarikan diri dari Kemboja .. mereka sempat membawa beberapa kepingan emas bersama . Kenapa bukan duit ? Sedangkan masa itu banyak matawang Dolar Amerika di sana. Tapi atas kebijakkan mereka yang menyedari bahawa wang tidak bernilai semasa peperangan tetapi emas pula dalam bentuk apa sekalipun dapat diterima. Maka mereka membuat pilihan yang sangat bijak .. Kini .. dari sehelai sepinggang .. rata2 kehidupan mereka telah berubah .. dan lebih memeranjatkan mereka secara amnya lebih kaya dari bangsa kita sendiri.  Mereka sudah pun menguasai deretan kedai tekstil  di tengah bandaraya Kota Tinggi.. dan ramai antara mereka mempunyai aset yang mewah seperti rumah2 banglo di Ulu Tiram , tidak jauh dari bandaraya KotaTinggi. Pengajaran dari Bangsa Kemboja ini cukup bermakna kerana "Emas" dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka  dan generasi seterusnya ..






Apa yang anda rasa bila dengar cerita tentang Bangsa Kemboja ni .. Ada feeling tak ? Feeling macam jeles ke ngan diorang kerana lebih kaya dari kita .. Atau takde rasa apa2 .. ( kalau camni memang tak boleh lah den nak menolongnye.. hehe).. Contoh terbaik dah ada.. apa lagi nak tunggu .. buatlah keputusan terbaik hari ni .. untuk kelangsungan hari esok dan untuk generasi seterusnya .. tepuk dada tanyalah hati .. apa akan jadi pada generasi aku seterusnya nanti .. kalau bukan aku yang mengubahnya .. Siapa lagi ? Jangan dibiarkan generasi anda seterusnya dimamah kemiskinan disebabkan oleh kepingan wang kertas yang semakin hilang nilainya ..


Cuba ingat kembali rentetan peristiwa konspirasi penyangak matawang pada sekitar 90 an dulu .. mujurlah Perdana Menteri kita pada masa itu bijak menyimpan rizab emas yang banyak di mana sebahagian daripadanya dicairkan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dari terus runtuh. Emas .. dalam apa jua bentuk & cara sekalipun tidak hilang nilainya .. menjadi penyelamat bak hero di zaman kesusahan .


Dengarlah rintihan bapa kemodenan kita ni .. haish sedihnya.... 






Wassallam .. 


Add me @ www.facebook.com/joejoxy1
To see our website : http://www.publicgold.com.my/v1/