Pages

Adds

Monday, January 30, 2012

JEWELLERY CATALOGUE












Harga mengikut pasaran dunia - Boleh dirujuk dihttp://www.publicgold.com.my/v1/

Atau sebarang pertanyaan boleh add saya di : www.facebook.com/joejoxy1

OR CALL ME @ : 83829500 (SPORE) / 012-7990873 (JB)

Sunday, January 29, 2012

EMAS YANG MENAKUTKAN !

Assalamualaikum ,,,


Apa khabar sedara2 semua .. Harga emas sekarang ni dah menjejaki USD 1730/oz ke atas .. hai tersenyum lebarlah kengkawan kita yang dah pakat dok beli siang2 emas tu masa harga tengah di paras USD 1530/oz dulu ye.. dah tercongak2 dalam kepala tu berapa untung dah masyuk ... memang masyukkkk..


Tapi kengkawan mesti hairankan bila baca title di atas tu .. takut dengan emas!  Yelahkan selalunya ramai orang takut dengan pekara2 mistik @ paranormal .. misalnya takut ngan hantu kum2 ke .. takutkan ngan hantu Kak Limah ke .. @ mungkin takut ngan bini ke ... hehe bermacam lagilah ..  tapi ada kebanyakkan orang kat luar sana tu  yang takut dengan EMAS. Pelikkan ... tapi itulah hakikatnya kebanyakkan orang kita .. takut & gerun  kepada pekara2 yang kita anggap sangat berharga & berfaedah tu. Bila dengar perkataan EMAS je ... diorang pasti akan membulatkan mata sambil menggaru2kan kepala yang tak gatal .. "Mahal tu .. emas sekarang mahal .. tak boleh beli .. Mana ada untung?? " Itulah antara patah pujangga yang akan keluar dari mulut mereka.. Tapi yang hairannya bila cerita pasal kereta Exora yang baru keluar berharga RM 76K +++ .. diorang akan kata " eh .. murahnya .. MPV ni besar .. harga ok ..  " .. walaupun bayaran bulanannya menjejakki RM 900.00 sebulan .. mereka masih boleh kata .. mampu .. & perlu .. walaupun gaji mereka cuma RM 1500.00 saja .. haish ......






Sebenarnya inilah yang dikatakan pemikiran orang2 yang singkat akalnya .. Jangan marah dulu kalau anda yang baca ni pun tergolong sama cam orang ni .. hehe ... dengar dulu explaination saya .. maksud saya pemikiran orang2 seperti ini hanyalah sekadar mencari cara untuk merugikan diri tanpa mereka sedari.. rugi dengan apa yang dia pilih .. ibarat kalau berniaga cuma untuk buka kedai harini & tutup esok harinya .. (mean bungkus la tu),, tak pernah fikir untuk berniaga secara serius & mengaut keuntungan berlipatkali ganda seperti towkey2 cina berniaga fish ball .. Kalau ingin memiliki sesuatu yang pastinya satu keperluan memanglah baik utk memilih yang 'hebat' tapi biarlah ibarat mengukur baju di badan sendiri. kalau betul2 mampu belilah yg mahal .. tp kalau tidak .. lu pikirlah sendiri..  Kalau ikut perlu .. memang transport itu penting utk ke mana2 .. tapi kalau yang kita mampu cuma sang kancil .. pun sampai jugak ke destinasinya kan.. Tapi emas perlu tak? Memang sekarang tak perlu .. tapi esok lusa .. entah2 kena buang kerja ke.. ditimpa kemalangan yg tak terduga ke .. anak2 yang nak sambung belajar ke IPT ke ... Berguna tak emas yang kita simpan utk hari2 yang macam tu .. Kalau simpan duit memang boleh .. tapi kalau amaun dah nampak jelas depan mata .. tu yang tangan tiba2 gatal nak beli itu ini . Kalau emas amaunnya tak nampak .. tapi yang fantastiknya .. amaunnya bertambah tanpa kita sedari .. ish.. ish .. tu yang syok tu..






Tapi apa yang menjadi persoalannya sekarang .. kenapa kita mesti berfikiran negatif pada satu pekara yang kita nampak indah tapi kita takut nak pegang .. semata2 kerana dimomokkan dengan cerita2 seramnya.. Macam emas .. cerita2 tentang harganya yang semakin mahal .. menjadikan sesetengah orang mula angkat kening & mengatakan .. 'tak mampu' .. walaupun untuk memiliki sebiji Dinar Emas hanya bernilai lebih kurang RM 700 lebih saja .. sedangkan harga tersebut mungkin hanya untuk membayar ansuran kereta mereka sebulan . Pemikiran mesti ubah .. kalau tak sampai bila2 pun kita akan takut .. macam zaman dulu takut dengan hantu kum2 .. sampai malam2 pun tak keluar rumah .. dan takut menyahut salam .. takut2 tersahut salam si hantu tu .. walaupun sebenarnya kita tak pernah pun pasti kewujudan hantu tersebut .. hehe .. Seperti Dinar Emas tadi .. jika kita beli sekarang harganya cuma RM 700 lebih tapi akan datang tak tau lagi .. mungkin lebih seribu .. Habis takkan nak tunggu lagi dan tengok aje sampai harganya mencecah ribuan ringgit .. Tak takut ke? Kalau camni mesti nak takut .. sebab takut tak sempat buat untung utk masa depan ..
Marilah sama2 kita berubah .. ubah kepada pekara menakutkan yang lebih positif ..


Tunggu dan tengok tak boleh kaya dah...ambil tindak segera milikinya.Orang yg ingin jadi kaya dia kena cepat bertindak bak kata pepatah di bawah






Jangan lupa add saya di : www.facebook.com/joejoxy1
Public Gold your best choice :  http://www.publicgold.com.my/v1/

Saturday, January 28, 2012

Masa itu EMAS!

Assalamualaikum ..

Masa itu sangat berharga sehingga disamakan dengan tingginya nilai emas .






 Baru-baru ini harga emas melonjak naik disebabkan pelbagai faktor .. terutama kesan ekonomi dunia yang kian tidak tentu halanya. Di saat ini America berusaha sebaik mungkin bagi mengatasi kemelesetan ekonominya... Krisis Euro juga semakin meruncing sehingga terpaksa meminta bantuan IMF. China pula mengambil inisiatif dengan memborong emas dengan banyak sebagai simpanan untuk masa sukar. Belum lagi Iran menutup selatnya bagi laluan kapal minyak yang akan menyebabkan terjadinya peperangan yang menaikkan harga cecair itu berlipat ganda. Dan apa yang  akan menyusul bila harga minyak naik  ... lonjakkan harga Emaslah!


Jadi istilah MASA sekarang ni ibarat emas 999 ... begitu berharga! MASA yang berharga seperti sekarang inilah yang patut kita gunakan untuk berfikir dan berhijrah .. Ibarat nampak Tsunami kita lari! Takkan nak tunggu dan nganga je.. mestilah kita terus lemas pasal tak dapat lawan ombak yang kuat tu .. Itulah diibaratkan dengan apa yang kita pegang sekarang. Faktor2 di atas sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar pada wang fiat (duit kertas RM) .. yang kita dok simpan dalam bank2 .. ASB .. unit trust .. dan mungkin bawah bantal kita.. hehe .. Secara zahirnya ia adalah sekeping kertas yang tiada nilainya .. melainkan nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Nilainya sangat rapuh .. serapuh daun2 kering yang bila kita bakar memang cepat jadi abu . Cuba ingat balik 10 thn lepas .. dulu beli susu pekat manis F&N satu tin Rm 1.50- RM 1.60.. sekarang .. RM 2.60. Wang yang sama .. guna RM bukan RUPIAH .. tapi kenapa harga dia naik? Pasal nilai wang tu dah merosot... banyak benda yang dulu kita beli murah tapi sekarang ada yang berlipat kali ganda harganya.. Inilah yang kita panggil INFLASI. Gaji tetap sama kan???


Lagi satu .. kalau kita nak pergi Singapore .. tukarlah duit  RM tu dengan Singapore Dollar ... RM 270.00 diperlukan untuk menjadikan cuma S$ 100.00 .. peritnya kan? Kenapa jadi macam tu punya mahal S$ .. kalau dibandingkan jaraknya yang cuma sekangkang kera je dengan negeri kita.. Ini bermakna wang fiat kita rendah nilainya dan memang tak berbaloi untuk kita gunakan bila melancong ke negara Singa tu. Tapi saya pernah experiment satu perkara ni... saya tanya kat Pajak Gadai di Johor berapa harga gelang emas yang ingin saya pajak di kedainya.. dia kata "paling tinggi RM 1,240.00".. Ok.. saya pergi pulak ke Singapore untuk bertanyakan hal yang sama .. untuk gelang emas yang sama.. U all tau berapa dia ambil? Dia sanggup bayar saya dengan $S 650.00 .. tu pun belum bincang habis lagi.. So S$650.00 tu kalau saya convertkan dengan RM ia akan berjumlah RM 1,560.00 ... pheww... untung gila .. tengok macamana 'kuasa emas' menawan bandaraya Singa yang ber "currency" tinggi tu .. Emas jugak lawannya .. hehe..


Dari experiment ni saya dapat satu idea ... melancong guna Dinar Emas. Kalau plan nak pegi melancong ke negara2 yang hebat currency nya cam Singapore ke , Australia ke .. Britain dan mana2lah .. bawa Dinar Emas dan bukan RM .. beli Dinar Emas di sini dan jualkan ketika tiba di negara tersebut .. Memang berbaloi dengan harga emas yang tinggi & selamat dari menjadi mangsa tukaran nilai matawang mereka . Amacam ? Sebab tu lah Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengusulkan supaya Dinar Emas menjadi wang Antarabangsa menggantikan US$ .. tapi .. takkan pihak Barat nak terima kan ???


Bila kita kaji selidik pekara ni .. sesuatu kita harus lakukan.. Jangan berpaut di dahan yang rapuh.. Di saat wang fiat (RM) ini semakin dimamah inflasi & terpukul dek ombak tsunami ekonomi dunia .. EMAS adalah pilihan yang tepat untuk kita alihkan .. Cuba lihat graf kenaikkan harga emas sepanjang 10 tahun lepas .. Graf kenaikkan tercantik yang tak dapat diberikan walaupun dari unit2 trust terbaik di dunia..



Tak tumbuh tak melata ... tak sungguh saya tak kata . Ambillah langkah bijak untuk mengorak langkah ke arah yang lebih selamat & menguntungkan ... Kalau ASB beri keuntungan 8 % setahun.. tapi bila diambilkira harga barang yang semakin meningkat .. nampaknya 8%  tu pun sekadar menghilangkan haus di bumi Sahara.. Have to struggle ... again and again .. haish ..

Kalau rasa dah terbuka minda tu .. bolehlah kita sama2 berhijrah .. ke arah yang lebih baik .. InsyaAllah !

Tinggalkan pesanan SMS pada : Johari (83828500) / Hariati (012-7990873).. InsyaAllah kami akan menghubungi Anda kembali !

Jangan lupa add saya di : www.facebook.com/joejoxy1
Public Gold is your best choice : http://www.publicgold.com.my/v1/







Monday, January 23, 2012

KUASA EMAS Di Tangan Anda Sendiri.

Assalamualaikum & salam sejahtera ...
Apa yang kita rasa bila pegang emas? Kita tanya perempuan dulu.. pasal diorang paling expert pasal hal ni ..



Kalau seorang perempuan yang pakai rantai emas tebal & labuh sampai mencecah perut di tambah lagi dengan loket tebal seberat 30g bercapkan muka Queen .. agak-agaknya apa perasaan diorang ya? Walaupun pakai baju kurung labuh sampai ke pergelangan tangan tapi bila sesekali membetulkan tudungnya akan terlorot lengan baju itu hingga menyerlahkan bangle setebal 46g bercorak bunga di tangannya tanpa sengaja... agak-agaknya apa perasaan orang sekeliling yang terperasan kilauan yang menyilaukan mata diorang tu ye? Hehehe.. cuba tanya si pemakai barang emas dulu... of course dia akan rasa ... bangganya ... lagi tebal & berat emas tu lagilah bangga.. sampai kembang kempis lubang hidung menahan rasa proud . Tapi kalau kita tanya pulak kat orang sekeliling tu yang tercengang2 & pastinya melopong mulut mereka melihat kehebatan si pemakai emas tadi .. jeles pun ada.. rendah diri pun ada , bilamana mereka hanya boleh memakai yang ciput aje gramnye..


Apa yang dapat saya simpulkan di sini bila seorang perempuan memakai barang kemas. Of course ..keyakinan diri dia akan naik. Perasaan "i'm somebody" sebab boleh pakai barang kemas yang bukan calang harganya. Melemahkan semangat & harga diri orang lain dengan apa yang dia miliki .. ini secara logiklah .. mungkin tak 100% tapi kalau bercakap pasal naluri perempuan .. itu logiknya .. :) .Jadi itulah yang dikatakan "Kuasa Emas" pada perempuan. Satu perasaan hebat yang hanya boleh dirasai oleh golongan mereka.



Macamana lelaki? Diorang tak boleh pakai emas .. haram hukumnya..


Lelaki islam memang tak pakai emas tapi mereka boleh menyimpan emas.


So kita tanya pada golongan lelaki yang menyimpan emas .. seperti emas jongkong ke, syiling emas ke atau mungkin barang kemas (tapi sebagai pelaburan). Saya minta pendapat En. Johari Laksamana Emas tentang hal ini .. memandangkan dia antara lelaki yang menyimpan emas sebagai 'investment'..
"Kalau perasan lelaki pulak ,kita simpan emas utk dijadikan pelaburan, tapi harus tahu simpanan yg macam mana..Emas adalah logam yg mempunyai nilai yg sangat tinggi, kalau dok diam kat dlm simpanan pun ,harganya tetap akan naik mengikut pasaran emas dunia..so senang kata kita duduk ke, tidur ke, mati pon harga emas still naik juga...tengok kehebatanya..kenapa? Sebab Allah swt telah  memberi nilai yg tinggi pada emas. ok tu bab saya tak mahu panjangkan ..gi cari sendiri eh. Jadi sebab tu nilainya selalu naik..Kalau saya lah simpan emas ni tak lah rasa bangga sangat..tapi rasa secure sikit..sebab sebagai barangan collection...sayangkan nak jual.. bila rasa sayang kita akan mula simpan lebih banyak lg... secara tak sengaja terkumpullah harta yg banyak kan?


"Jadi kalau kita simpan emas, cara tak sengaja kita terpaksa jadi kaya...haah terpaksa kaya ke?? Betul lah tu sebab orang kaya suka menyimpan..bila dah buat untung tu keluarkan keuntungan then beli lagi emas buat tambah kan stok..yg lebih kita zakatkan.. haa ini baru dikatakan kaya di dunia, akhirat tidak kita tinggalkan.. bab orang yg kaya di dunia harus kaya juga di akhirat... eeh terpaksa kaya lagi.. macam best pulak dapat semua ni kerana mempunyai emas.. banyakkan kelebihan emas ni.. Itulah pandangan saya... "


So apa yang dapat saya simpulkan di sini .. lelaki memandang emas sebagai aset yang cukup berharga .. sebagai simpanan & pelaburan .. dan ada antara mereka yang memperniagakannya untuk mendapatkan lebih banyak untung .. So 'kuasa emas' pada lelaki adalah satu jaminan dari keuntungan pelaburan yang sungguh lumayan di samping peluang untuk melipat-gandakan aset mereka ..  Sebab itulah lelaki Allah swt kurniakan 9 akal .. berbanding perempuan hanya 1 akal saja.. Well done untuk para lelaki yang sudah sedar dan mula melibatkan diri dalam 'Gold Power' ni.. Untuk para wanita .. kita juga boleh menukar haluan pemakaian emas dengan  tujuan yang lebih bermakna & menguntungkan.. tepuk dada tanyalah selera anda .. :)


"Gold Power .. is in your own hand"

Boleh add kami di f/b : www.facebook.com/joejoxy1 / www.facebook.com/hariati.d

Public Gold is your best choice : http://www.publicgold.com.my/v1/