Pages

Adds

Monday, February 20, 2012

Apa bezanya Pelaburan Emas & Pelaburan2 yang lain?

Assalamualaikum ..


Alhamdulillah .. semakin banyak pertanyaan tentang 'Pelaburan Emas' ini diutarakan kepada saya . Maknanya semakin ramai yang ingin mengubah arah mengenai pengembangan aset mereka . Tahniah kepada 'Anda' yang sudah mula ingin berhijrah .. untuk lebih sedar akan kebaikkan 'Pelaburan Emas' ini.. berbanding pelaburan2 yang lain.






Apa bezanya antara kita melabur dengan 'Pelaburan Emas' dengan pelaburan2 yang lain seperti Unit Trust, Bon2 malah saham2 Amanah seperti ASB sendiri? Okey .. di sini saya akan terangkan mengikut apa yang saya alami sendiri ( my own experience) - Sebelum ini .. saya tidak mengenali pelaburan emas ini .. dengan aset yang saya ada saya melabur dengan Unit Trust di Public Mutual. Saham yang pilih ialah Public Islamic Opportunity Fund untuk tahun 2010 dan beralih pada Public Islamic Selective Enterprise Fund pada 2011. Pada tahun 2010 .. ekonomi mula pulih dari kejatuhan 2008 .. Alhamdulillah saya dapat untung 19 % pada January 2011 .. tetapi saham itu dijangka tidak akan menunjukkan prestasinya lagi .. maka saya di cadangkan oleh Agent Unit Trust saya untuk 'switch' kepada Fund yang lain pulak. Saya ikut aje .. mean ..asalkan 'untung' kata saya..:) (maklumlah dah dapat % yg baik la katakan..hehehe)


Dulu .. sebelum bersetuju untuk memilih unit trust ni untuk investment saya pernah menyoal agent saya .. tentang bagaimana wang saya jika berlaku kejatuhan harga yang teruk (memandangkan unit trust ni merupakan pelaburan 'high risk' berbanding ASB)  Dia kata " Takpe encik .. jika berlaku keadaan seperti itu .. kita akan 'LOCK' unit encik serta merta .. jadi encik takkan rugi"..  hehe itu janjinya ..
So beralih pulak pada tahun 2011 ... aish .. disaster tahun ni .. pada bulan August 2011 .. saham saya mula turun macam 'gelongsor' .. mula2 saya ingat turun sikit aje .. so tunggu punya tunggu .. akhirnya bila saya kira2 masa tu saya dah rugi RM 14 ribu .. alamak .. Panik gak! So saya call agent saya .. macamana nak LOCK? Dengan selamba dia kata " Oh .. takpe Encik .. memang saya takkan LOCK .. kita biarkan aje tunggu dia naik semula ... " Mana 'janji manis' dia dulu .. sampai dah berbelas ribu duit hilang .. sardin aje dia kata " takpe kita tunggu & sabar" ... haha ...




Itulah satu contoh bila kita melabur wang fiat dengan saham2 selain 'Emas' .. kuasa tu takde kat tangan kita .. walaupun tu duit kita .. Kita tak boleh nak buat apa2 tindakkan kerana wang kita tu dikuasai oleh Syarikat Pelaburan tu ..  Apa dia kisah .. turun ke naik?  Tapi macamana dengan 'Emas' ni ... Bila kita invest dengan Emas Fizikal ni .. kita melabur (beli) kita akan dapat Emas Fizikal tu .. Simpanlah .. macam jugak kita simpan duit dalam bank .. cuma bezanya kita simpan sendiri emas tu .. kalau rasa tak selamat kat rumah .. boleh simpan dalam 'safety box' kat mana2 bank (itu lebih baik) .. secure sikit kan? Sama jugak macam saham2 ni .. kengkadang harganya akan turun .. tapi apa inisiatif yang boleh kita buat masa ni? Kalau melabur dengan saham2 lain .. tak boleh buat apa pun .. tunggu aje la . Tapi kalau dengan Emas ni .. ada sesuatu yang boleh anda lakukan bila kejatuhan harga berlaku.. Mean dalam kejatuhan tu .. kita boleh buat duit ..Macamana? Caranya ialah dengan "Emas Fizikal" yang anda ada tadi .. anda pajakkan .. (hehe malu ke nak pergi pajak gadai) .. sekarang "kedai pajak" bukanlah hanya untuk orang yang 'sesak' tapi untuk orang yang 'bijak' .. bijak mengambil kesempatan dari kesempitan ..  Apabila 'Emas Fizikal' tadi anda pajakan .. gunakan  wang hasil pajakan tadi untuk membeli emas lagi .. kerana masa ni emas akan berada pada harga yang rendah (kejatuhan harga). Bila harga mula melonjak .. jangan berlengah lagi .. terus jual emas yang anda beli tadi untuk mengaut keuntungan dan tebus semula 'emas fizikal' yang anda pajakan tadi .






Cuba bayangkan keuntungan dari jualan 'emas' tadi .. + kenaikkan harga 'emas fizikal' yang kita pajakan .. maknanya .. kita mendapat dua keuntungan dari kedua transaction tadi .. walaupun di dalam waktu kejatuhan.. Mana nak dapat dengan pelaburan2 yang lain . Itulah maknanya ..bila kita melabur 'emas fizikal' bermakna 'kuasa emas' itu berada di tangan kita sendiri. Kita yang mengolahkannya dan mendapat keuntungan yang telus tanpa mana2 orang tengah yang sentiasa boleh memanupulasikan wang kita itu .
Kalau nak dibandingkan 'pelaburan emas' ASB pulak .. setahun berapa % ASB yang kita dapat ? Average dalm 8% .. tapi kenaikkan harga emas setahun averagenya 25-30% setahun. Mana yang lebih banyak ? Anda kiralah sendiri ..  The decision is yours .. macamana anda nak buat dengan aset anda sekarang .. Cakap terus terang .. 'pelaburan emas' ni memang mengghairahkan semangat sesiapa pun yang menceburinya .. tak percaya?  Cubalah.... (contact saya kalau berminat ya..:)


Moga sesuatu dapat kita kongsikan dari blog ini .. apa yang penting " Marilah sama2 kita mencari manfaat dari apa yang ada di bumi Allah  ini .. rasai & gunakan sepenuhnya.. demi masa depan yang lebih 'fantastic' hehehe.. 'sharing is caring' - kalau dah ada 'emas fizikal' yang cukup haulnya .. (85g) .. jangan lupa berzakat .. insyaAllah Berkat ....






ps : Cuma sekarang tak semua Ar-Rahnu   terima emas dari jenis 'gold bar' atau jongkong emas .. boleh beralih pada emas perhiasan seperti barang kemas 999 @ 916 sebagai inisiatif anda.. Apapun 'gold bar' merupakan aset yang paling berharga dalam pelaburan emas.


Add atau PM saya jika dah fren di : www.facebook.com/joejoxy.1www.facebook.com/joe.joxy1
or add dengan girlfriend saya ni di : www.facebook.com/hariati.d
Atau sms aje kat : 012-7990873 / 07-27111164 (Malaysia) / 83829500 (Singapore)
Website : www.publicgold.com.my



No comments:

Post a Comment