Pages

Adds

Tuesday, March 13, 2012

Logam Ke Dua Hebat Selepas Emas (SILVER).



Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ni langit pun cerah .. penuhlah pantai2 peranginan kita dengan keluarga2 yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama anak2 sempena cuti sekolah ni. Bila cakap pasal percutian .. of course kita perlu simpanan yang cukup untuk plankan satu percutian yang indah & hebat kan? Ini mengikut citarasa masing2 lah  .. pasal ada yang citarasa sederhana percutian dalam negeri sendiri pun dah cukup hebat.. tapi ada jugak yang bercitarasa lebih .. mungkin percutian ke luar negara.. Percutian yang hebat memerlukan budget yang hebat ... apatah lagi jika ke negara2 yang bercurrency hebat mcm London ke , Europe dan banyak lagilah . Kalau taknak jadi mangsa 'pertukaran currency' dengan negara2 mcm ni .. senang aje .. gunakanlah emas sebagai salah satu penyelamat untuk memantainkan nilai duit kita tu dari terus ditelan nilai wang mereka yg tinggi . Bawak emas .. jual kat sana .. dapat duit currency mereka .. shopping!!!






Tapi hari ini saya taknak bercerita tentang emas .. tapi satu lagi logam yang sangat berharga kerana demandnya yang semakin tinggi setiap hari iaitu PERAK atau SILVER. Ok .. kenapa sekarang banyak orang mula beralih untuk melabur dengan silver ni ... of course yang pertama .. costnya .. ia jauh lebih murah dari emas. Yang ke dua sememangnya permintaan untuk logam ini semakin hari semakin meningkat.. tetapi supplynya setiap hari semakin kurang.. Itu menunjukkan satu arah kepada keperluan melebihi dari pengeluaran. Bila keperluan melebihi pengeluaran bermakna ia akan menjadi satu 'demand' yang tinggi untuknya dari hari ke hari.. Kenapa 'demand' untuk silver ni meningkat .. diorang buat apa dengan silver ni??? 






Ok ... menuju ke Abad 21 .. logam silver banyak diperlukan untuk pelbagai industri termasuklah dari keperluan pergigian dan perubatan sehinggalah ke pembuatan bateri & sel solar... belum termasuk cip2 komputer, passport, telefon bimbit & satelite senjata berteknologi tinggi dan laser .. itu bukan semua .. banyak lagi . Proses perindustrian ini memakan berjuta2 auns silver setiap tahun . Jadi setelah digunakan silver2 ini tidak akan kembali lagi setelah dilupuskan .. bermakna sekali digunakan Silver ini hilang selama2nya. .. tidak seperti emas yang disimpan terus kerana keberhargaannya. Jadi .. kuantitinya semakin hari semakin susut .. pengeluaran berkurangan tapi permintaan meningkat. 




Dari tahun 1990 hingga 2000, hampir satu bilion auns silver di dunia  habis untuk pelbagai  kegunaan tersebut  ... manakala permintaan industri meningkat kepada 35% menjelang tahun 2000. Hari ini, permintaan itu adalah 54% dan berkembang dengan cepat, manakala defisit pengeluaran perak juga terus meningkat. Di US sendiri keperluan silvernya melebihi 200 juta auns melebihi bekalan lombong. Sesetengah pakar dunia  meramalkan bahawa menjelang akhir dekad ini .. harga silver akan menjangkau harga emas itu sendiri.. bermakna silver akan menjadi lebih mahal dari emas..  aish ...






So .. bila baca artikel ni .. what are we supposed to do? Di waktu harga silver hanya USD 34.00/troy auns .. sangat murah untuk anda menyimpan sesuatu sebagai pelaburan yang mantap di masa hadapan. Ibarat menyimpan hartanah yang suatu masa dulu adalah kawasan terpencil menjadi bandar metropolitan .. U bayangkan berapa kali ganda harganya akan naik.. Well it's all up to U to decide.. saya cuma berkongsi .. pengaruh logam silver ini untuk masa depan.. Kalau rasa nak mulakan pelaburan boleh simpan sikit2 atau beli sekali berkilo2 untuk untung lebih .. hehehe..  The decision is yours ... the money is also yours but the most important things is the  profits will also BE YOURS if U take the action now!!! 


Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak beli silver ni bolehlah contact (no tel kat atas sekali)  or pm saya di fb .. InsyaAllah saya sedia membantu ..















No comments:

Post a Comment