Pages

Adds

Friday, March 2, 2012

BILA HARGA EMAS TURUN .. BELI EMAS BERDUYUN-DUYUN .

Assalamualaikumm..


Emas sejak kelmarin lagi menunjukkan harga menjunam hampir USD 100 / troy auns .. sekarang harga cuma USD 1711/ troy auns .. hmmm bagi pelabur2 bijak  masa nilah diorang akan berebut2 membeli stok emas bagi meraih keuntungan di saat harga jatuh. Masa harga  naik nanti .. jual ... dapat untung  boleh rolling semula utk stok seterusnya.. (mereka takkan menyimpan wang kertas goyah tu ).






Bagi yang masih belum menjadi pelabur .. anda ada 2 pilihan... 
 Untuk terus tunggu dan lihat .. hingga harga naik semula.. simpan.. beleklah  dan ciumlah wang fiat anda itu hingga nilainya hilang sedikit demi sedikit tanpa anda sedari. Seperti fizikalnya yang senang dilupuskan begitu juga baunya yang harum .. sementara saja .. hmmmm alangkah ruginya .. 
 Atau anda boleh memulakan langkah bijak itu sekarang! Belilah emas fizikal hari ini .. jangan tunggu2 lagi.. apa yang ada di tangan anda sekarang (wang fiat) tidak sekukuh logam 'Emas' ini. Langkah bijak Anda hari ini akan mengubah nilai aset anda di masa hadapan .. percayalah! Ambil kesempatan berharga dari kejatuhan harganya dengan mengaut lebih keuntungan berbanding ketika harganya tinggi .. itulah langkah 'orang bijak' namanya ..  Jadi adakah anda tergolong dalam kalangan orang yg 'bijak' atau sebaliknya  .. the decision is yours bro ..






Anda pernah pergi umrah tak ? Atau haji .. bagi yang dah tu .. alhamdulillah .. bagi yang belum .. saya pasti .. mesti dah ada niatnya kan? Takpe .. saya pun belum punya kesempatan .. pasal anak2 masih kecil & payah untuk ditinggalkan .. InsyaAllah satu hari nanti saya dan isteri .. mungkin dengan anak2 semua kan ke sana satu hari nanti .. Kenapa cakap pasal umrah & haji plak tetiba ni ...??


Haaa... pasal saya nak ceritakan tentang kos pergi ke sana .. gunakan 2 cara .. 
1) Guna wang fiat yg tak tentu nilainya ... dan  
2) Guna Dinar Emas yg berharga .. hehe




Cuba baca artikel kat atas ni ... perbandingan kos pergi Haji gunakan Dinar Emas & Wang Fiat bagi setiap tahun . Kalau anda bukan BUTA HURUF pasti akan dapat melihat graf penggunaan Dinar yang menurun bagi nilainya setiap tahun  untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 itu.. nampak tak?? Tapi pernah tak anda check tentang kos menunaikan haji menggunakan wang Fiat ... saya rasa.. grafnya macam graf Emas ... naik terus .. kan?? Hmmm so dapat tak sesuatu dari info kat atas .. perbandingan Emas Fizikan & WangFiat ni ? .. Saya rasa kalau anda tak BUTA HATI  orangnya ... InsyaAllah anda dah dapat hidayahnya  tu .. hehe... (Masih tergaru2 kepala yang tak gatal tu ke?)  ..


Sebab itu Mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat saya kagumi Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri meng'implement' untuk digunakan Dinar Emas ini sebagai 'new world currencies' menggantikan USD. Yang pertama .. nilainya yang sangat kukuh .. disamping banyak lagi kelebihan2 lain.. termasuklah menghentikan serangan penyangak matawang antarabangsa.. (Memang bijak Tun ni kan?) Tabik spring untuk Tun .. hehe..






Sememangnya Emas Fizikal ni .. tak payahlah kita nak cerita panjang .. kelebihannya .. kebaikkannya .. hanya yang memegangnya saja dapat rasa powernya .. Kalau anda belum pegang .. memang tak boleh nak rasa pun.. Sebab tu .. buat apa nak fikir2 lagi .. dah banyak bukti dah .. tu yg saya  kasi tu cuma sikit je .. kalau nak citer semua rasanya .. haus tekak ni... hehehe..


Apapun .. keputusan terletak di tangan anda sendiri .. kat tapak tangan tu nak genggam wang kertas ke atau nak genggam emas .. Kertas ni kalau genggam lama2 pun boleh renyuk & koyak akhirnya & hancur  .. tapi kalau yg lagi satu tu .. mantain aje .. walaupun makin lama genggam makin panas .. tapi tetap tak hancur ... tak percaya ?? Cubalah .... :))









No comments:

Post a Comment