Pages

Adds

Saturday, January 28, 2012

Masa itu EMAS!

Assalamualaikum ..

Masa itu sangat berharga sehingga disamakan dengan tingginya nilai emas .






 Baru-baru ini harga emas melonjak naik disebabkan pelbagai faktor .. terutama kesan ekonomi dunia yang kian tidak tentu halanya. Di saat ini America berusaha sebaik mungkin bagi mengatasi kemelesetan ekonominya... Krisis Euro juga semakin meruncing sehingga terpaksa meminta bantuan IMF. China pula mengambil inisiatif dengan memborong emas dengan banyak sebagai simpanan untuk masa sukar. Belum lagi Iran menutup selatnya bagi laluan kapal minyak yang akan menyebabkan terjadinya peperangan yang menaikkan harga cecair itu berlipat ganda. Dan apa yang  akan menyusul bila harga minyak naik  ... lonjakkan harga Emaslah!


Jadi istilah MASA sekarang ni ibarat emas 999 ... begitu berharga! MASA yang berharga seperti sekarang inilah yang patut kita gunakan untuk berfikir dan berhijrah .. Ibarat nampak Tsunami kita lari! Takkan nak tunggu dan nganga je.. mestilah kita terus lemas pasal tak dapat lawan ombak yang kuat tu .. Itulah diibaratkan dengan apa yang kita pegang sekarang. Faktor2 di atas sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar pada wang fiat (duit kertas RM) .. yang kita dok simpan dalam bank2 .. ASB .. unit trust .. dan mungkin bawah bantal kita.. hehe .. Secara zahirnya ia adalah sekeping kertas yang tiada nilainya .. melainkan nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Nilainya sangat rapuh .. serapuh daun2 kering yang bila kita bakar memang cepat jadi abu . Cuba ingat balik 10 thn lepas .. dulu beli susu pekat manis F&N satu tin Rm 1.50- RM 1.60.. sekarang .. RM 2.60. Wang yang sama .. guna RM bukan RUPIAH .. tapi kenapa harga dia naik? Pasal nilai wang tu dah merosot... banyak benda yang dulu kita beli murah tapi sekarang ada yang berlipat kali ganda harganya.. Inilah yang kita panggil INFLASI. Gaji tetap sama kan???


Lagi satu .. kalau kita nak pergi Singapore .. tukarlah duit  RM tu dengan Singapore Dollar ... RM 270.00 diperlukan untuk menjadikan cuma S$ 100.00 .. peritnya kan? Kenapa jadi macam tu punya mahal S$ .. kalau dibandingkan jaraknya yang cuma sekangkang kera je dengan negeri kita.. Ini bermakna wang fiat kita rendah nilainya dan memang tak berbaloi untuk kita gunakan bila melancong ke negara Singa tu. Tapi saya pernah experiment satu perkara ni... saya tanya kat Pajak Gadai di Johor berapa harga gelang emas yang ingin saya pajak di kedainya.. dia kata "paling tinggi RM 1,240.00".. Ok.. saya pergi pulak ke Singapore untuk bertanyakan hal yang sama .. untuk gelang emas yang sama.. U all tau berapa dia ambil? Dia sanggup bayar saya dengan $S 650.00 .. tu pun belum bincang habis lagi.. So S$650.00 tu kalau saya convertkan dengan RM ia akan berjumlah RM 1,560.00 ... pheww... untung gila .. tengok macamana 'kuasa emas' menawan bandaraya Singa yang ber "currency" tinggi tu .. Emas jugak lawannya .. hehe..


Dari experiment ni saya dapat satu idea ... melancong guna Dinar Emas. Kalau plan nak pegi melancong ke negara2 yang hebat currency nya cam Singapore ke , Australia ke .. Britain dan mana2lah .. bawa Dinar Emas dan bukan RM .. beli Dinar Emas di sini dan jualkan ketika tiba di negara tersebut .. Memang berbaloi dengan harga emas yang tinggi & selamat dari menjadi mangsa tukaran nilai matawang mereka . Amacam ? Sebab tu lah Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengusulkan supaya Dinar Emas menjadi wang Antarabangsa menggantikan US$ .. tapi .. takkan pihak Barat nak terima kan ???


Bila kita kaji selidik pekara ni .. sesuatu kita harus lakukan.. Jangan berpaut di dahan yang rapuh.. Di saat wang fiat (RM) ini semakin dimamah inflasi & terpukul dek ombak tsunami ekonomi dunia .. EMAS adalah pilihan yang tepat untuk kita alihkan .. Cuba lihat graf kenaikkan harga emas sepanjang 10 tahun lepas .. Graf kenaikkan tercantik yang tak dapat diberikan walaupun dari unit2 trust terbaik di dunia..



Tak tumbuh tak melata ... tak sungguh saya tak kata . Ambillah langkah bijak untuk mengorak langkah ke arah yang lebih selamat & menguntungkan ... Kalau ASB beri keuntungan 8 % setahun.. tapi bila diambilkira harga barang yang semakin meningkat .. nampaknya 8%  tu pun sekadar menghilangkan haus di bumi Sahara.. Have to struggle ... again and again .. haish ..

Kalau rasa dah terbuka minda tu .. bolehlah kita sama2 berhijrah .. ke arah yang lebih baik .. InsyaAllah !

Tinggalkan pesanan SMS pada : Johari (83828500) / Hariati (012-7990873).. InsyaAllah kami akan menghubungi Anda kembali !

Jangan lupa add saya di : www.facebook.com/joejoxy1
Public Gold is your best choice : http://www.publicgold.com.my/v1/







No comments:

Post a Comment