Pages

Adds

Monday, January 23, 2012

KUASA EMAS Di Tangan Anda Sendiri.

Assalamualaikum & salam sejahtera ...
Apa yang kita rasa bila pegang emas? Kita tanya perempuan dulu.. pasal diorang paling expert pasal hal ni ..



Kalau seorang perempuan yang pakai rantai emas tebal & labuh sampai mencecah perut di tambah lagi dengan loket tebal seberat 30g bercapkan muka Queen .. agak-agaknya apa perasaan diorang ya? Walaupun pakai baju kurung labuh sampai ke pergelangan tangan tapi bila sesekali membetulkan tudungnya akan terlorot lengan baju itu hingga menyerlahkan bangle setebal 46g bercorak bunga di tangannya tanpa sengaja... agak-agaknya apa perasaan orang sekeliling yang terperasan kilauan yang menyilaukan mata diorang tu ye? Hehehe.. cuba tanya si pemakai barang emas dulu... of course dia akan rasa ... bangganya ... lagi tebal & berat emas tu lagilah bangga.. sampai kembang kempis lubang hidung menahan rasa proud . Tapi kalau kita tanya pulak kat orang sekeliling tu yang tercengang2 & pastinya melopong mulut mereka melihat kehebatan si pemakai emas tadi .. jeles pun ada.. rendah diri pun ada , bilamana mereka hanya boleh memakai yang ciput aje gramnye..


Apa yang dapat saya simpulkan di sini bila seorang perempuan memakai barang kemas. Of course ..keyakinan diri dia akan naik. Perasaan "i'm somebody" sebab boleh pakai barang kemas yang bukan calang harganya. Melemahkan semangat & harga diri orang lain dengan apa yang dia miliki .. ini secara logiklah .. mungkin tak 100% tapi kalau bercakap pasal naluri perempuan .. itu logiknya .. :) .Jadi itulah yang dikatakan "Kuasa Emas" pada perempuan. Satu perasaan hebat yang hanya boleh dirasai oleh golongan mereka.



Macamana lelaki? Diorang tak boleh pakai emas .. haram hukumnya..


Lelaki islam memang tak pakai emas tapi mereka boleh menyimpan emas.


So kita tanya pada golongan lelaki yang menyimpan emas .. seperti emas jongkong ke, syiling emas ke atau mungkin barang kemas (tapi sebagai pelaburan). Saya minta pendapat En. Johari Laksamana Emas tentang hal ini .. memandangkan dia antara lelaki yang menyimpan emas sebagai 'investment'..
"Kalau perasan lelaki pulak ,kita simpan emas utk dijadikan pelaburan, tapi harus tahu simpanan yg macam mana..Emas adalah logam yg mempunyai nilai yg sangat tinggi, kalau dok diam kat dlm simpanan pun ,harganya tetap akan naik mengikut pasaran emas dunia..so senang kata kita duduk ke, tidur ke, mati pon harga emas still naik juga...tengok kehebatanya..kenapa? Sebab Allah swt telah  memberi nilai yg tinggi pada emas. ok tu bab saya tak mahu panjangkan ..gi cari sendiri eh. Jadi sebab tu nilainya selalu naik..Kalau saya lah simpan emas ni tak lah rasa bangga sangat..tapi rasa secure sikit..sebab sebagai barangan collection...sayangkan nak jual.. bila rasa sayang kita akan mula simpan lebih banyak lg... secara tak sengaja terkumpullah harta yg banyak kan?


"Jadi kalau kita simpan emas, cara tak sengaja kita terpaksa jadi kaya...haah terpaksa kaya ke?? Betul lah tu sebab orang kaya suka menyimpan..bila dah buat untung tu keluarkan keuntungan then beli lagi emas buat tambah kan stok..yg lebih kita zakatkan.. haa ini baru dikatakan kaya di dunia, akhirat tidak kita tinggalkan.. bab orang yg kaya di dunia harus kaya juga di akhirat... eeh terpaksa kaya lagi.. macam best pulak dapat semua ni kerana mempunyai emas.. banyakkan kelebihan emas ni.. Itulah pandangan saya... "


So apa yang dapat saya simpulkan di sini .. lelaki memandang emas sebagai aset yang cukup berharga .. sebagai simpanan & pelaburan .. dan ada antara mereka yang memperniagakannya untuk mendapatkan lebih banyak untung .. So 'kuasa emas' pada lelaki adalah satu jaminan dari keuntungan pelaburan yang sungguh lumayan di samping peluang untuk melipat-gandakan aset mereka ..  Sebab itulah lelaki Allah swt kurniakan 9 akal .. berbanding perempuan hanya 1 akal saja.. Well done untuk para lelaki yang sudah sedar dan mula melibatkan diri dalam 'Gold Power' ni.. Untuk para wanita .. kita juga boleh menukar haluan pemakaian emas dengan  tujuan yang lebih bermakna & menguntungkan.. tepuk dada tanyalah selera anda .. :)


"Gold Power .. is in your own hand"

Boleh add kami di f/b : www.facebook.com/joejoxy1 / www.facebook.com/hariati.d

Public Gold is your best choice : http://www.publicgold.com.my/v1/



No comments:

Post a Comment